Smaller Default Larger

ICT

PENGENALAN

      • adalah di antara unit yang ditubuhkan di Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG);
      • mempunyai seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat; dan
      • memainkan peranan yang kritikal dan bertanggungjawab ke atas kesemua sistem maklumat dan sistem rangkaian yang terdapat di dalam PMTG.

.......................................................................................................................................................................................

OBJEKTIF

  1. Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti;
  2. Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin;
  3. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan;
  4. Meningkatkan tahap kesedaran ke arah keberkesanan penggunaan sistem maklumat di kalangan staf Politeknik METrO Tasek Gelugor; dan
  5. Menyelanggara Laman Web Politeknik METrO Tasek Gelugor.

.......................................................................................................................................................................................

FUNGSI

Antara fungsi-fungsi Unit ICT adalah seperti berikut:

      • Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT Politeknik METrO Tasek Gelugor;
      • Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan;
      • Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di Politeknik METrO Tasek Gelugor;
      • Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi;
      • Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk Politeknik METrO Tasek Gelugor serta memastikan keselamatan dan integriti data; dan
      • Memberikan khidmat sokongan bagi memastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.

.......................................................................................................................................................................................