Smaller Default Larger

Perpustakaan

PENGENALAN

  • Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor akan diwujudkan di Politeknik METrO Tasek Gelugor;
  • Perpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutamanya di institusi-institusi pengajian;dan
  • Perpustakaan berfungsi sebagai Pusat Carian Maklumat yang membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

.......................................................................................................................................................................................

WAKTU OPERASI

ISNIN - JUMAAT

9.00 Pagi hingga 4.30 petang

 

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

Tutup

.......................................................................................................................................................................................

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

  • Sirkulasi
  • Ruang simpanan beg
  • Internet Tanpa Wayar (Wifi)
  • Ruang bacaan
  • Ruang perbincangan

.......................................................................................................................................................................................

PERATURAN - PERATURAN DI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR

Peraturan-peraturan berikut mestilah dipatuhi semasa berada di dalam perpustakaan PMTG:

1. Pengguna Perpustakaan mestilah sentiasa mempamerkan tanda pengenalan diri semasa berada di dalam Perpustakaan iaitu:

  • Kad Matrik;
  • Kad Staff;
  • Kad Pelawat; dan
  • Kad Perpustakaan.

2. Tidak dibenarkan membawa masuk:

  • Buku-Buku Peribadi. * Jika perlu dibawa masuk, sila dapatkan kebenaran petugas kaunter;
  • Payung/Jaket/Beg;
  • Topi keledar;
  • Pisau/Gunting; dan
  • Walkman/Kamera/Video.

3. Pengguna Perpustakaan mestilah sentiasa berpakaian kemas ketika berada di Perpustakan. Dilarang memakai:

  • Baju "T" tanpa kolar;
  • Skirt Pendek Bawah Paras Lutut;
  • Seluar pendek;
  • Seluar trek; dan
  • Selipar.

4. Sila jaga tatatertib dan disiplin anda semasa berada di dalam Perpustakaan. Dilarang:

  • Membuat bising;
  • Membuang sampah merata - rata;
  • Berdua-dua di tempat sunyi;
  • Merokok;
  • Mengambil gambar tanpa kebenaran (still atau video);
  • Mencuri bahan (buku, majalah dll);
  • Mengubah kedudukan perabut (kerusi/meja)/menyonteng;
  • Mengoyak/Menyonteng bahan bacaan.

5. Sila matikan nada dering telefon bimbit anda atau tukarkan kepada mode vibrate ketika berada di dalam Perpustakaan supaya tidak menggangu pelajar lain.

6. Dilarang membawa keluar bahan dari Perpustakaan tanpa proses pinjaman.Segala pengeluaran bahan yang tidak sah (curi) akan diambil tindakan sewajarnya.

7. Dilarang meminda / mengubah kedudukan suratkhabar dan majalah. Sila baca di tempat yang disediakan.

8. Jumlah minima penggunaan bilik perbincangan adalah 3 orang dan tidak dibenarkan menggunakan bilik perbincangan jumlah yang kurang daripada itu.

10. Sila matikan suis lampu serta penghawa dingin bilik perbincangan selepas menggunakannya.

11. Pengumuman akan dibuat 10 minit sebelum Perpustakaan ditutup.

12. Sila letakkan buku yang telah dibaca pada troli yang disediakan.

13. Setiap pelajar yang melanggar peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan samada di senarai hitamkan / dikenakan saman bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

*****

Sila letakkan barang-barang peribadi di tempat yang disediakan. Barang-barang yang disimpan adalah di bawah tanggungjawab sendiri, segala tuntutan tidak akan dilayan. Sentiasa diingatkan jangan simpan barang berharga

*****

.......................................................................................................................................................................................