Smaller Default Larger

Latihan Industri

PENGENALAN

  • Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma;
  • Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum dibenarkan memasuki semester yang berikutnya. Pelajar akan menjalani Latihan Industri selama 22 minggu di jabatan kerajaan atau swasta dan akan didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar yang mana jauh berbeza dari suasana di Politeknik; dan
  • Tujuan utama panduan Latihan Industri ini adalah untuk memberi bimbingan pada pelajar yang menjalani latihan industri supaya bersedia untuk menempuh segala cabaran dan sentiasa akur dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Politeknik dan juga jabatan atau firma yang berkenaan.

.......................................................................................................................................................................................

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  1. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar;
  2. Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar;
  3. Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran di Politeknik;
  4. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori kepada praktikal atau sebaliknya;
  5. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri;
  6. Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab;
  7. Membina keyakinan diri;
  8. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di industri;
  9. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja;
  10. Menilai kebolehan diri pelajar di alam pekerjaan untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian;
  11. Memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan; dan
  12. Menyediakan satu laporan rasmi selepas tamat latihan.

.......................................................................................................................................................................................