Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL)

PENGENALAN

Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik METrO Tasek Gelugor, demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkat dengan lebih berkesan dan memenuhi keperluan kepakaran semasa selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005, DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

 Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut:

  1. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
  2. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;
  3. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
  4. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
  5. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam;
  6. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi berikut :

  1. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan;
  2. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing- masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.

PELAKSANAAN DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  1. Sasaran baru mengikuti latihan/kursus bagi setiap pegawai kementerian, jabatan, politeknik dan agensi di bawahnya ialah sekurang-kurangnya 10 hari setahun mulai tahun 2011.
  2. Sasaran Pencapaian mengikuti latihan/kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun bukan sahaja telah dijadikan sebagai Key Performance Indicators [KPI] ketua-ketua bahagian/jabatan, tetapi juga dijadikan sebagai sebahagian daripada pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan [LNPT].

FUNGSI

Merancang dan menguruskan latihan staf (Politeknik METrO Tasek Gelugor)

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Politeknik.
  2. Mengelola, mengurus dan menyelaras urusan latihan semua staf Politeknik secara efektif selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Latihan Dalaman.
  4. Mengenalpasti, mengurus dan menghantar staf untuk Latihan Luaran.
  5. Memastikan perlaksanaan Prosedur Kualiti PMTG-DK-PP-07 : Perancangan dan Pengurusan Latihan Staf dipatuhi.
  6. Mengurus dan menyelaras aktiviti di Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan.
  7. Menyimpan dan menyelenggara rekod berhubung latihan staf.
  8. Mengemaskini dan menyelenggara Pangkalan Data Latihan Staf Politeknik [e-SIS].
Ubah Saiz Text
Contrast