Majlis Penyerahan dan Penerimaan Bas Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

 

 

Tanggal 29 Januari 2020 merupakan tarikh bersejarah buat Politeknik METrO Tasek Gelugor kerana pada tarikh ini pihak PMTG dengan rasminya menerima sebuah bas untuk kegunaan warga PMTG.

Majlis penyerahan telah dilaksanakan di kilang Pioneer Coachbuilders Sdn Bhd iaitu pihak pembekal yang telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan bas tersebut. Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Muhamad Rumzi Bin Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi (BPPI), JPPKK. Sebanyak 3 politeknik lain turut menerima bas masing-masing pada majlis itu iaitu Politeknik METrO Johor Bharu, Politeknik Tun Syed Nasir dan Politeknik Hulu Terengganu.

Ubah Saiz Text
Contrast