
Unit Perancangan Strategik dan Prestasi (UPSPP)
Pengenalan
Unit Perancangan Strategik dan Prestasi Politeknik (UPSPP) PMTG bertujuan untuk mengurus dan memantau hal-hal berkaitan dengan perancangan strategik, pencapaian prestasi dari segi pelaksanaan dan pencapaian petunjuk prestasi (KPI) yang ditetapkan, pelan tindakan PMTG dan data berkaitan POLYRATE, ILKA dan TVET PMTG.
UPSPP terdiri daripada lima (5) orang pensyarah, yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal UPSPP disamping melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.
Objektif UPSPP
Secara umumnya, objektif UPSPP adalah untuk mengurus, menyelaras, memantau dan melapor hal-hal berkaitan dengan pengurusan strategik, pengurusan prestasi dan pengurusan data di PMTG.
Secara khusus, objektif UPSPP adalah :
- Merancang aktiviti pengurusan strategik politeknik.
- Menyedia Pelan Strategik Politeknik.
- Menyedia Pelan Tindakan PMTG.
- Menyelaras data KPI PMTG mengikut sukuan.
- Menyebar maklumat berkaitan pelan strategic dan prestasi politeknik.
- Memantau pelaksanaan strategi dan inisiatif pelan strategik oleh jabatan dan unit.
- Menyedia pelaporan pelaksanaan pelan strategik politeknik.
- Menganjur aktiviti berkaitan pengurusan strategik dan prestasi.
- Melaksana penambahbaikan berterusan berkaitan pengurusan strategik dan prestasi.
Fungsi UPSPP
Fungsi UPSPP adalah :
- Mengurus dan mengendalikan hal ehwal berkaitan Perancangan Strategik
- Mengendalikan Bengkel dan pengumpulan data dari semua unit serta penerbitan Buku Pelan Strategik PMTG.
- Mewujudkan dan mengemaskini pelan strategik PMTG.
- Menguruskan bajet bagi percetakan Buku Pelan Strategik
- Mengurus dan mengendalikan hal ehwal berkaitan Pencapaian dan pelaporan KPI Persist PMTG.
- Mengadakan mesyuarat KPI mengikut sukuan.
- Mengemaskini KPI Jabatan dan Unit mengikut sukuan.
- Mengendalikan penyediaan Pelaporan Persist PMTG mengikut sukuan .