1. PENGENALAN
POLY e-PITCHING merupakan pertandingan rekacipta yang melibatkan Politeknik bagi Zon Pantai Timur dan Zon Utara. Peserta pertandingan dikehendaki menyediakan kertas kerja mengenai alat ciptaan yang dapat menyelesaikan masalah kumpulan sasar dalam kehidupan seharian. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua pusingan. Pusingan pertama adalah pertandingan peringkat zon. Pusingan kedua adalah pertandingan melibatkan 3 kumpulan terbaik bagi setiap zon.

 Pusingan pertama:
o Zon Utara
o Zon Pantai Timur

 Pusingan kedua:
o 3 pasukan terbaik dari setiap zon

2. OBJEKTIF
a. Mencungkil bakat pelajar-pelajar Politeknik dalam bidang Teknologi.
b. Mendedahkan bakat muda negara dalam dunia penciptaan & inovasi.
c. Menggilap bakat-bakat muda dalam bidang rekacipta & kreativiti.
d. Meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar-pelajar seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (I.R 4.0).

3. PIHAK TERLIBAT
a. Jabatan Komunikasi & Promosi, Universiti Multimedia (MMU)
b. Politeknik Zon Utara & Pantai Timur
c. Fakulti Kejuruteraan & Teknologi (FET), Multimedia University

Untuk borang penyertaan dan maklumat mengenai Poly e-Pitching bolehlah ke: https://drive.google.com/drive/folders/1jUtZldXwsaOySnCNyaSWGR0_eLE7Dgeb?usp=sharing

 

Komen

Ubah Saiz Text
Contrast