Program Khidmat Masyarakat ini merupakan cetusan program yang diadakan selaras dengan matlamat utama kursus Event Management bagi sesi Disember 2019 di Politeknik METrO Tasek Gelugor. Tujuan Program ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar dalam Mempraktikkan ‘Komunikasi Interpesonal’ dalam suasana yang mencabar dan mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian kemahiran berkomunikasi di luar bilik kuliah dan mengasah kemahiran sosial. Disamping itu juga, menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia. Terima Kasih di ucapkan kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Darul Hanan kerana telah memberi peluang kepada pihak PMTG melaksanakan aktiviti dan menghulur sumbangan melalui Program Khidmat Masyarakat Hulur Kasih “Live Once, Love Everyone” pada 25 Febuari lalu. Program Khidmat Masyarakat Hulur Kasih “Live Once, Love Everyone” turut disertai sukarelawan YES! PMTG. Diharap program ini dapat mempertingkatkan lagi semangat sedia membantu, menambah pengalaman dan manfaat serta membuka mata dan pintu hati sukarelawan YES! PMTG. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan penglibatan pelajar dan Staf Politeknik METrO Tasek Gelugor.

Ubah Saiz Text
Contrast