
Unit Kebajikan dan Kerohanian (UKK)
PENGENALAN
Unit Kebajikan dan kerohanian merupakan unit yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan staf. Unit ini menggerakan program dan aktiviti untuk menjamin kesejahteraan staf, keluarga dan masyarakat serta meningkatkan kualiti hidup dari segi mental, fizikal , emosi, kerohanian dan keperluan ekonomi. Kebajikan sosial juga perlukan perancangan yang tersusun untuk memenuhi keperluan manusia dari segi keperluan asas, keperluan perkembangan diri dan keperluan kesempurnaan diri supaya dapat meningkatkan cara hidup. Kebajikan juga merupakan fungsi-fungsi tidak menguntungkan yang jelas bertujuan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik, wanita dan kanak-kanak yang tertindas, anak yatim piatu, orang-orang tua yang ditinggalkan di rumah kebajikan dan membantu mereka yang ditimpa musibah bencana alam seperti kebakaran, banjir, tanah rutuh dan sebagainya.
Sementara kerohanian pula merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intristik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan strategik. Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial masyarakat itu dan pematuhan undang-undang. Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur di antara emosi positif dengan emosi negatif dan objektif bagi mencorakkan manusia yang baik dari segi kelakuan, tingkah laku dan personality secara optimum.
FUNGSI
1.Memenuhi keperluan individu dan masyarakat.Keperluan individu dan masyarakat dalam kehidupan adalah sesuatu keadaan, barang, benda dan perkara yang mesti dimiliki atau dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ia harus dipenuhi supaya individu atau masyarakat dapat meneruskan hidupnya tanpa sebarang masalah, bagi memastikan fungsi dan peranan fizikal, mental dan nafsu seseorang dapat berjalan atau berfungsi dengan baik dan berkesan.
2. Berperanan merancang, menguruskan dan melaksana semua aktiviti dan program berkaitan kebajikan staf dan masyrakat.
3.Mengurus aduan staf dan sumbangan atau derma kilat dan tabung kebajikan staf.
4.Menyediakan lapuran aktiviti dan program unit apabila diperlukan.
5.Pendidikan atau bimbingan berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan/staf yang seimbang dan harmonis dari segi akal, roh, perasaan dan jasad bersandarkan kepercayaan dan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Usaha ini berterusan bagi melahirkan individu/staf yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, berintegriti dan berkeupayaan bekerja dengan baik.
6.Kerohanian adalah satu bentuk pembinaan karektor yang menjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insan dan sebab kejadiannya. Tidak kelihatan pada pandangan kasar tetapi dilihat dari manifestasinya sahaja.
7.Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti:-
– Keyakinan kepada tuhan.
– Kepercayaan kepada perintah agama.
– Kemantapan jiwa dan perasaan.
– Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat.
– Berakhlak dan budi pekerti mulia.