Unit Pengurusan Aset (UPA)

FUNGSI

Fungsi utama penubuhan Unit Pengurusan Aset ialah untuk mengurus aset alih yang didaftarkan di atas Politeknik METrO Tasek Gelugor agar ia selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.0 meliputi  Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pemindahan , Pelupusan dan Kehilangan. 

Unit ini juga bertanggungjwab untuk memastikan semua aset alih, aset akaun amanah dan aset tidak ketara yang diperolehi didaftar, dilabelkan dan didokumentasi mengikut kategori yang ditetapkan. Unit Pengurusan Aset  mengambil tindakan proaktif dalam pengurusan aset alih jabatan di PMTG dengan penambahbaikan pengurusan aset yang sedia ada dari semasa ke semasa.

Unit ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan pengurusan aset dengan melantik ahli jawatankuasa di jabatan dan unit, penyelia lokasi fasiliti dan pemeriksa aset  dalam menjalankan tugas-tugas penerimaan aset, pendaftaran aset, pelupusan aset dan kehilangan aset dan pemeriksaan aset alih jabatan.

Unit Pengurusan Aset juga diperpertangungjawabkan mengemukakan laporan mengikut sukuan dan tahunan keseluruhan Pengurusan Aset Alih jabatan ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti selain mengemaskini kedudukan aset PMTG dalam sistem iGFMAS bagi Jabatan Akauntan Negara.

Ubah Saiz Text
Contrast