Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) merupakan sebahagian daripada Jabatan Akademik di Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). Jabatan ini hanya mempunyai satu program sahaja dan telah memulakan operasinya pada Jun 2013 dengan menawarkan program yang pertama iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Permainan)(DGT). Program ini telah berjaya  melahirkan sebanyak 112 graduan.

Setelah program ini dijumudkan, penawaran program baharu iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat) telah  ditawarkan pada Jun 2015 dan kini program tersebut telah diberi penjenamaan semula dengan nama baharu oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK) iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya ialah DDT dan memfokuskan kepada trek Keselamatan Maklumat. Program yang ditawarkan di JTMK telah mendapat pengiktirafan akreditasi daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia(MQA).

JTMK turut dilengkapi dengan bilik kuliah dan makmal komputer bagi menyokong capaian hasil pembelajaran praktikal dan teori bagi semua kursus. Kursus seperti internship juga dibekalkan kepada pelajar agar mereka lebih kompeten dengan situasi kerja sebenar dalam bidang pengkomputeran di samping meningkatkan kemahiran generik.

PROGRAM YANG DITAWARKAN
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) –DDT

  • Trek Information Security

SINOPSIS

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru.

Di samping kursus teknikal, pelajar juga akan mempelajari kursus Umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral serta Ko-kurikulum untuk meningkatkan kemahiran soft skills mereka. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya DDT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik.

Politeknik yang menawarkan trek Information Security :-
Politeknik METrO Tasek Gelugor
• Politeknik Ungku Omar
• Politeknik Mersing

TEMPOH PENGAJIAN 

  • 6 semester

PROSPEK KERJAYA

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara. Oleh itu, graduan daripada program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan kelak.

Prospek Kerjaya

Prospek Kerjaya

Z

Computer Application Programmer

Z

Internet Programmer

Z

Web Programmer

Z

Database Programmer

Z

System Analysts Assistant

Z

Software Developer

Z

Database Administrator

Z

Software Tester

Z

System Support Personnel

Z

Systems Programmer

Z

Network Support Personnel

Z

Network Administrator

Z

Assistant Network Engineer

Z

Network Administrator

Z

Technical Helpdesk / Support

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kolaborasi Industri

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Fasiliti

Fasiliti yang terdapat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) ialah:

  • Makmal Komputer

  • Bilik Technology Enable Collaborative Classroom (TECC)

  • Bilik Technology Enable Classroom (TEC)

  • Bilik Tutorial

JTMK

Maklumat Lain Berkaitan Program

Aktiviti

Aktiviti anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).

Carta Organisasi

Carta Organisasi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).

Underconstruction!!!

Coming soon…

Ubah Saiz Text
Contrast