
Unit E-Pembelajaran (UeP)
Pengenalan
Unit e-pembelajaran atau eLearning berperanan untuk mempromosikan dan menerapkan budaya pembelajaran teradun di Politeknik METrO Tasek Gelugor. Budaya ini menggabungkan ruang pembelajaran dengan pendekatan atas talian yang semestinya akan meningkatkan kualiti proses pembelajaran. E-Learning menerapkan budaya gabungan atas talian dan pendekatan kelas secara bersemuka.
Fungsi eLearning di PMTG merangkumi :
- Keupayaan tak segerak melalui forum dan perbincangan.
- Keupayaan teknikal dalam bentuk aplikasi dan perisian yang dapat digunakan oleh pensyarah untuk kursus masing-masing
Oleh kerana arena pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin mencabar pada hari ini, eLearning akan menjadi platform dalam mencapai hasil pembelajaran teradun seperti yang diinginkan. Ruang ini turut membantu pensyarah dan pelajar untuk mengikuti perkembangan dan kemampuan pembelajaran teknikal semasa. Pengawasan dan pengurusan akan memastikan semua usaha PdP ini disatukan sehingga dapat mencapai dan merealisasikan budaya pembelajaran teradun di Politeknik METrO Tasek Gelugor.