Unit Perpustakaan

Pengenalan
Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor boleh memuatkan kira-kira 65 orang pengguna pada satu-satu masa.

Kaedah Pencarian Bahan Rujukan
Pencarian secara online melalui sistem KOHA menggunakan Databased OPAC Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor iaitu dengan melayari laman web http://lib.pmtg.edu.my/ . Pencarian bahan rujukan menggunakan kaedah nombor rujukan dan pengkelasan DDC (Dewey Decimal Classification)

Jenis Koleksi
1. Koleksi Rak Terbuka
2. Koleksi Terbitan Bersiri

Kemudahan Perpustakaan PMTG
Kaunter Sirkulasi
Kaunter Sirkulasi yang terdapat di Perpustakaan memudahkan pengguna membuat urusan peminjaman dan pemulangan bahan serta mengemukakan sebarang pertanyaan dan rujukan mengenai perkhidmatan Perpustakaan kepada petugas kaunter.

Ruang Bacaan
Ruang Bacaan membolehkan pengguna menelaah di ruang bacaan secara berkumpulan di meja dan kerusi yang disediakan. Sebanyak 23 buah meja disediakan

Ruang Bacaan Santai
Ruang Bacaan Santai merangkumi sudut majalah dan surat khabar yang disediakan untuk pengguna sebagai rujukan sambil bersantai.

Ruang Multimedia
Ruang Multimedia yang terletak berhampiran Koleksi Terbitan Bersiri menyediakan Enam (6) buah komputer dilengkapi dengan sambungan internet memudahkan pengguna membuat kerja-kerja menaip, mencetak, melakukan tugasan dan mengakses internet dalam tempoh waktu operasi Perpustakaan.

Bilik Redspot
Bilik Redspot menempatkan koleksi bahan rujukan seperti buku, CD, DVD, soalan peperiksaan, dan projek akhir pelajar. Kesemua koleksi rujukan ini tidak boleh dipinjam dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.

Ruang Simpanan Beg
Ruang Simpanan Beg disediakan bersebelahan pintu utama di dalam Perpustakaan bagi menyediakan kemudahan pengguna meletakkan beg, buku dan barang peribadi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Terdapat empat buah rak simpanan beg disediakan.

CARTA ORGANISASI UNIT PERPUSTAKAAN

Ubah Saiz Text
Contrast