
Unit Sukan, KoKurikulum dan Kebudayaan
Unit Sukan, KoKurikulum & Kebudayaan merupakan unit yang menyelaras dan mengendalikan semua aktiviti akademik (kokurikulum) bagi semester 1 hingga semester 5 yang terdiri daripada badan beruniform (DRB), Sukan (DRS) dan Kelab Persatuan (DRK) dan aktiviti bukan akademik (sukan & kebudayaan) untuk semua pelajar pada setiap semester. Aktiviti ini merupakan elemen penting dalam membentuk modal insan yang berketerampilan serta cergas dalam membentuk sahsiah diri semasa dan selepas tamat belajar.
Objektif
Mengkoordinasi semua aktiviti akademik dan bukan akademik sepanjang semester yang dibahagikan kepada dua elemen iaitu:
1. Iktisas
- Memberi kesempatan kepada pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan memimpin dan kebolehan melatih
- Memberi pendedahan keapda aspek-aspek keusahawanan agar dapat mengembangkan minda, bakat dan potensi secara menyeluruh dan berketerampilan
- Meningkatkan keupayaan dari segi kepimpinan dan jatidiri
Kehadiran pelajar dalam aktiviti kokurikulum melebihi 90%
2. Kemasyarakatan
- Sebagai persediaan masa depan pelajar mencebur diri dalam kegiatan kemasyarakatan
- Menyedarkan serta menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan social, kebudayaan dan khidmat masyarakat yang boleh membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara
- Membantu dalam mewujudkan masyarakat yang demokratik, bermoral tinggi, sihat, berdisiplin, berdedikasi, di samping mempunyai sikap taat dan toleransi.