Unit Pengurusan Psikologi

PENGENALAN
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) merupakan unit sokongan di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). UPPsi berperanan membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (kakitangan dan pelajar) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.

PERANAN UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

  • Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
  • Memberi khidmat nasihat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi;
  • Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;
  • Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, pembangunan kerjaya, khidmat perundingan dan intervensi krisis;
  • Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling;
  • Membekalkan maklumat tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Kaunseling individu
  • Kaunseling kelompok
  • Kaunseling kerjaya
  • Melaksanakan urusan pengendalian ceramah dan bengkel/ kursus.
  • Melaksanakan ujian psikologi
  • Menguruskan perlaksanaan latihan pembimbing rakan siswa (PRS)

CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI

 

 

 

Ubah Saiz Text
Contrast