
PENGENALAN
Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah (local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskilling dan reskilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Work Based Learning (WBL) dan Blended Learning (Pembelajaran Teradun) yang akan menjurus kearah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.
Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) diwujudkan pada 8hb. Oktober 2012, telah memulakan operasi di premis baharu iaitu Pusat Komersial Tasek Gelugor, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada tarikh bersejarah bagi warga PMTG serta Politeknik Malaysia iaitu 23 hb. November 2015 setelah hampir 3 tahun beroperasi di Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang.
PMTG adalah diantara 5 buah Politeknik METrO yang ditubuhkan seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik.
Semua Politeknik METrO hanya menawarkan dua program pengajian sepenuh masa. PMTG menawarkan program pengajian Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Pengajian Video dan Filem. Di samping itu, PMTG juga bakal menawarkan kursus-kursus terlanggan dan kursus pendek di bawah Program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) berdasarkan keperluan masyarakat setempat.
Apa maksud METrO?
Bagaimana ciri-ciri Politeknik METrO?
CIRI-CIRI POLITEKNIK METrO
Konsep
-
Merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan.
-
Berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes).
-
Responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.
Ciri-ciri Politeknik
Kemasukan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.
Ciri-ciri Program
-
Mempunyai nilai pasaran tinggi
-
Cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain)
-
Mematuhi kompetensi professional /industri melalui pensijilan /pengijazahan
-
Mendapat akreditasi MQA
-
Penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar