Unit Hubungan dan Komunikasi Korporat (UKK)

Merancang dan mengurus bahan-bahan penerbitan Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) sebagai sumber maklumat seperti mengemaskini laman sesawang, buletin PMTG dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan mempromosikan PMTG. Seterusnya merancang dan mengurus imej PMTG dan melaksanakan promosi melalui strategi perhubungan awam yang teratur. UKK juga merancang dan mengurus aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di jabatan dan institusi.

Selain itu UKK juga menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media (press conference), menyediakan kenyataan akhbar (press media), siaran media dan temu bual khas media cetak dan elektronik.

Ubah Saiz Text
Contrast