
Unit Keusahawanan (USHA)
PENGENALAN
Unit Keusahawanan Politeknik METrO Tasek Gelugor ini ditubuhkan bagi mencapai visi, misi, yang telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan dasar pembangunan keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpandukan Pelan Strategi
Keusahawanan Politeknik Malaysia.
OBJEKTIF
- Membentuk budaya dan minat keusahawanan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda sebagai kerjaya pilihan pada masa hadapan.
- Mencetus minat dan kesedaran masyarakat kepada aspek yang berkaitan dengan bidang pengurusan keusahawanan dan kewangan.
- Memupuk nilai-nilai keusahawanan yang tulen seperti belajar untuk mengambil risiko, memupuk minda keusahawanan, kemahiran dan kecekapan membuat keputusan serta dapat mengembangkan jaringan rangkaian usahasama.