Unit Pembangunan Instruksional & Multimedia

Pengenalan
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia atau lebih dikenali dengan nama UIDM (Unit for Instructional Development & Multimedia) berfungsi sebagai unit sokongan yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan audio visual serta fotografi bagi keperluan warga PMTG sama ada untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran atau sebarang aktiviti yang melibatkan PMTG.

Unit ini juga berfungsi membantu para pensyarah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran serta membimbing pensyarah dalam menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untukmempertingkatkan kualiti pendidikan di PMTG.

Perkhidmatan yang ditawarkan

  1. Perkhidmatan Teknikal Audio / Visual
  2. Pinjaman Peralatan 
  3. Rekabentuk Grafik (Banner/Banting/Backdrop)
  4. Perkhidmatan Video/Fotografi
  5. Perkhidmatan Video/Fotografi Editing
  6. Pekhidmatan Mengumpul dan Simpan Bahan Audio/Visual/Fotografi
  7. Penerbitan Video Filem
  8. Perkhimatan Kursus Camera/ Video/ Audio
  9. Perkhidmatan Penggunaan Studio

 

Ubah Saiz Text
Contrast