
Unit Jaminan Kualiti (UJK)
PENGENALAN
Unit Jaminan Kualiti (UJK) Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) telah diwujudkan pada bulan Julai 2018 hasil inisiatif pihak pengurusan atasan. Unit ini mempunyai 3 bahagian utama iaitu Kualiti, Akreditasi dan Pengurusan Risiko. UJK diketuai oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti dan disokong oleh Pegawai Pengurusan Kualiti, Penyelaras Akreditasi dan Penyelaras Pengurusan Risiko serta ahli jawatankuasa bagi setiap bahagian.
FUNGSI UNIT JAMINAN KUALITI PMTG
- Menyediakan dan mengedarkan takwim aktiviti tahunan PMTG dan takwim aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menyediakan, mengedarkan dan memantau aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan risiko
- Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau aktiviti berkaitan kualiti di PMTG
- Menyelaraskan dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Organisasi Pendidikan (SPOP/EOMS)
- Mengurus permohonan bagi pengikhtirafan program pengajian (MQA dan MBOT)
- Merancang, mengurus, melaksana dan memantau segala proses pengauditan setiap tahun sama ada audit badan pensijilan atau audit dalaman SPOP
- Menjadi urusetia Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
- Menyelaraskan maklumat mengenai segala maklumbalas pelanggan yang diterima bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan.
UNIT JAMINAN KUALITI DITERAJUI OLEH PEGAWAI-PEGAWAI BERIKUT:
- Khairul Anuar bin Ishak
- Wakil Pengurusan
- Siti Salamah binti Mustaffa
- Wakil Pengurusan
- Hazleena binti Osman
- Ketua Jabatan Akademik
- Siti Hajar binti Saad @ Mohd Yusoff
- Ketua Unit Jaminan Kualiti/Pengurus Kualiti
- Sharizan binti Abdul Jamil
- Pegawai Pengurusan Kualiti
- Rodziah binti Ibrahim
- Penyelaras Akreditasi
- Norhasaliza binti Hassan
- Penyelaras Pengurusan Risiko