Aktiviti Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMTG
Aktiviti
28 Februari 2025
CyberSecurity SUPERHERO
CyberSecurity SUPERHERO: Cybersecurity Superhero memperkenalkan pelajar kepada ancaman dan bahaya keselamatan siber semasa. Bengkel ini menyediakan pelajar dengan pemahaman asas tentang teori keselamatan maklumat, prinsip asas, dan teknik untuk pelajar membentuk sistem selamat. Kursus DFS30273 Information Security, DFS40142 Security Operation Center dan DFS40203 Ethical Hacking masing-masing adalah kursus bagi program Diploma Teknologi Maklumat (DIT) dan Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital). Topik yang disentuh dalam bengkel penggunaan tools Try Hack Me, komponen SOC, perlindungan data peribadi, langkah melindungi ancaman serangan, cloud security dan pelajar didedahkan dengan laluan kerjaya dalam bidang keselamatan maklumat.
29 Ogos 2024
CyberSec : CODE OF SILENCE PROTECTING SECRETS
CyberSec : CODE OF SILENCE PROTECTING SECRETS is a programme that explaining how to perform a proper techniques and procedures to
mitigate security issues and Cybersecurity thread and hazards.
21-23 Ogos 2024
FINAL YEAR PROJECT EXPOSURE TOWARDS INDUSTRY STANDARS IN INFORMATION SECURITY & ARTIFICIAL INTELLIGENT (AI)
FINAL YEAR PROJECT EXPOSURE TOWARDS INDUSTRY STANDARS IN INFORMATION SECURITY & ARTIFICIAL INTELLIGENT (AI) adalah satu program yang diadakan untuk pelajar Diploma in Information Technology (Digital Technology) . Pembentangan dan penilaian ini diadakan untuk menilai hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar bagi Final Year Presentation. Ianya diadakan sekali bagi setiap semester. Selain daripada penilaian oleh panel penilai, pelajar juga didedahkan dengan sesi pembentangan kepada semua pelajar dan pensyarah Politeknik METrO Tasek Gelugor. Pelajar diberi peluang untuk menerangkan dan mempertahankan hujah berkaitan projek ilmiah yang dibuat. Sesi soal jawab dan demonstrasi tersebut dapat memberi pengalaman kepada pelajar sebelum terjun ke alam pekerjaan sebenar setelah tamat belajar kelak.