Aktiviti JRKV, PMTG

 

24 – 26 JULAI 2018
PROGRAM GABMINDA “Passion in The Art”

 

Program GABMINDA atau Gabungan Minda ini merupakan satu aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)  dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) yang merangkumi aspek motivasi mengikut keperluan semasa pelajar Politeknik Malaysia yang terdiri daripada Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Program ini memberi penekanan kepada ‘creative thinking’ disamping nilai tambah kepada modal insan yang cemerlang. Tema untuk GABMINDA pada sesi ini adalah ‘Passion in The Art’ yang memberi penekanan kepada seni bukan sekadar hobi, ia adalah semangat yang membakar jiwa manusia di samping kreativiti menjadi elemen penting dalam seni dan rekabentuk.

02 APRIL 2019
VISCOM SHOW ’19
“Rock and Roll”

 

Viscom Show merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh para pelajar daripada kursus Event Management DVV5013. Program ini melatih pelajar dalam membuat perancangan sesebuah acara dengan dinamik dan kemahiran berkomunikasi di antara pelajar dan juga pihak industri. Di samping itu juga ia membantu pelajar dalam berkongsi ilmu dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Viscom Show merupakan acara yang mempertandingkan hasil karya pelajar dalam filem pendek yang dihasilkan di bawah beberapa subjek yang terlibat. Pada 4 April 2019 yang lalu telah berlangsungnya program Viscom Show RNR yang membawa tema Rock and Roll dan ia di ajurkan oleh pelajar Diploma Video dan Filem Semester 3 di bawah seliaan Cik Nur Jannah dan Cik Renukha. Program ini telah di jalankan di Dewan Pavilion Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Kepala Batas, Pulau Pinang. Viscom Show RNR ini juga telah mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi dari Politeknik dan Kolej Komuniti berdekatan untuk memeriahkan lagi suasana di samping berkongsi ilmu dan membuat perancangan yang lebih cekap. Program ini di harap dapat membantu pelajar mendapat pendedahan untuk berkomunikasi dengan pihak luar sebelum mereka melangkah ke industri.

VIDEO

Ubah Saiz Text
Contrast