
Program Alam Sekitar 2020 adalah satu program yang dianjurkan oleh Kelab Mesra Alam – (DRK 3123) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan USM. Program ini di adakan di Pusat Kajian Samudera & Pantai (Cemacs) USM, Taman Negara Pulau Pinang. Program ini diadakan pada hari Sabtu 7 Mac 2020. Seramai 19 orang pelajar Kelab Mesra Alam terlibat dalam program ini beserta pensyarah pengiring iaitu Pn. Nor Sidah Che Din dan Pn. Sarifah Nor Husna bt. Syed Alias. Program ini dikendalikan dengan bantuan 2 orang penyelia daripada Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang iaitu En. Zulfatah bin Yaacob dan Zulkifli bin Mat.
Program ini dimulakan seawal pukul 8.30 pagi dengan pelajar berjalan masuk melalui trek di tepi pantai Taman Negara menuju ke CEMACS selama lebih kurang setengah jam. Di Cemacs, pelajar diberi taklimat berkaitan hidupan dalam laut dan kesan pencemaran plastik kepada alam oleh Dr. Annette dan Dr. Laila. Selepas itu pelajar dibahagikan dalam kumpulan dan dibawa melawat muzium batu karang, tempat pembelaan gamat, tapak sulaiman, ternakan latok dan tiram. Disini pelajar belajar bagaimana hidupan2 tersebut diternak dan dipelihara.
Pada sesi petang, pelajar dibahagikan dalam kumpulan bagi melaksanakan aktiviti di makmal Cemacs. Di sini pelajar belajar mengenali jenis-jenis plastik dan melakukan ujian bagi mengetahui jenis-jenis plastik yang boleh dikitar semula. Pelajar seterusnya melaksanakan aktiviti mendapatkan sampel-sampel plastik di tepian pantai untuk dijalankan ujian pengcaman jenis plastik di dalam makmal. Di akhir aktiviti pelajar dikehendaki melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam bentuk kumpulan. Pelajar secara keseluruhannya gembira dengan aktviti yang dianjurkan sepanjang program ini kerana telah mendapat maklumat yang banyak dan menjalankan aktiviti berkaitan pencemaran alam di sini. Melalui program ini pelajar dapat mengetahui tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh manusia. Program tamat pada pukul 5.00 petang.