Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG) diwujudkan pada 8hb. Oktober 2012. Ia telah memulakan operasi di premis baharu iaitu Pusat Komersial Tasek Gelugor Pulau Pinang pada tarikh bersejarah bagi warga PMTG serta Politeknik Malaysia iaitu 23hb. November 2015 setelah hampir 3 tahun menumpang di Politeknik Seberang Perai, Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang.
PMTG ialah Politeknik METrO yang ke lima (5) ditubuhkan seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik.
Semua Politeknik METrO hanya menawarkan dua (2) program pengajian sepenuh masa. PMTG menawarkan program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan Diploma Pengajian Video dan Filem. Di samping itu, PMTG juga bakal menawarkan kursus-kursus terlanggan dan kursus jangka pendek di bawah program Pengajian Sepanjang Hayat (PSH) berdasarkan keperluan masyarakat setempat.