Aktiviti Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMTG

 

Aktiviti

Tahun 2019

3 April 2019
Pembentangan dan Penilaian Projek Akhir DDT

 

Pembentangan dan Penilaian Projek Akhir DDT adalah satu program yang diadakan untuk pelajar Diploma in Information Technology (Digital Technology) yang mengambil kursus Integrated Project (DFT6014). Pembentangan dan penilaian ini diadakan untuk menilai hasil kerja yang dilakukan oleh pelajar bagi sesi semasa. Ianya diadakan sekali bagi setiap semester. Selain daripada penilaian oleh panel penilai, pelajar juga didedahkan dengan sesi pembentangan kepada semua pelajar dan pensyarah Politeknik METrO Tasek Gelugor. Pelajar diberi peluang untuk menerangkan dan mempertahankan hujah berkaitan projek ilmiah yang dibuat. Sesi soal jawab dan demonstrasi tersebut dapat  memberi pengalaman kepada pelajar sebelum terjun ke alam pekerjaan sebenar setelah tamat belajar kelak.

Pada 3 April 2019, Pembentangan dan Penilaian Projek Akhir DDT telah diadakan dengan jayanya. Pembentangan oleh pelajar DIS5,DIS6A dan DIS6B. Penilaian adalah dari panel dalaman serta panel industri. Panel industri terlibat adalah En Emran Bin Ibrahim dari Digital Pulse Sdn Bhd. Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Ts Zulkurnain bin Shahadan. Program dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Perjalanan program berjalan dengan lancar pada hari tersebut.

Ubah Saiz Text
Contrast